Friday, September 30, 2011

jom2 checkkk....kot2 kita kna gnguann jin......


ari ni aku nk share dgn korng tntg jin...atau nma lainn makkhlukk haluss....mcm kita tau jgk laa.....dlm dunia ni bukn kita umat manusia ja yg diami....tp da lg umat ALLAH yg lainn...yakni umat yg xdpt kita lihat dgn mata ksaqq...tp kita kn jgk bringt...kdng2 mereka ni suka2 kcu kitaa....n adakalany mereka ni dihntar oleh seseorng untuk menjatuhkan kita...mungkin manusia tu bnci dgn kita....dndam n sebagainya....so....kat bwah niii da la sikit tanda2 dalam bdn korng ada ganguann makhluk yg sngt haluss.....aku pon jus amik jgk dari orng laiinnn....sbb aku nk share2 kaannn...so jomm kita tngk kat bawahh niii..........................


1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
hhaaaaa.......korng da tngkk...da bca n da pahamm kann....soo....lau korng da simptom2 ni.....cpt2 la p jumpa ustaz2 yg pandai mngubat...ingt..jumpa ustaz yg pndai mengubt...sbb....ustaz2 ni mnggunakan ayat al-quran........jgn plakk korng p jumpa bomoh2....tkot lain jadinyaa......slmt bramal..........jumpa la yg pakar k.....bwah ni zikir yg bolehh korng bramal dgn nya k......


.......beramal lah dgn ayat allah...........

Monday, September 26, 2011

~~ReMaJa DaN cInTa~~


Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib' itu datang jua. Apa lagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi 
Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang 
dicintai. 

Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai. Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai.


Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya? 


Sanggupkah kita tngk bayi yg tidak bersalah ini
menjadi mangsa atas perbuatan kita...


Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya 

dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. 

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku. 
Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan, buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah. 



Tetapi bagaimana? 
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih  memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi  janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh  hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin  cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta  terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet! 


Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum 

Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada 
pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti 
meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta apa namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?" Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan. 



apabila terlanjur....mula laa...ank yg di lahirkan tuu
buang dt tepi jalann.....

apakah ini???di mnakahh maruah kitaa????
tidak semua insan baik dan sempurna...dan tidak semua manusia tidak pernah membuat kejahatan.Tetapi kita perlulah sentiasa mengelakan diri kita daripada melakukan sesuatu perkara yang di tegah........

sekadar berkongsi erti " PERCINTAAN "
SEKIANNN..................

Sunday, September 25, 2011

~~Gelagat TCK~~

koyaa tol muka zull....

mak and anakkk..........

kasma pon nak jgkk kaa????

pulun toll.....

bunga2 yg mekar brkmbang...

bajett hnsemm la ni kaannn......

2 jejaka smart....

scandal trhngat......

aawwkk.........

lelaki idaman TCK....hahahaha

apa la yg dok trmenung nihh.....

Friday, September 23, 2011

Blsan di duniaaa adalahhh pencuci dosaa......

Rasulullah s.a.w pada suatu waktu pernah berkisah. Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hamper setiap oaring pernha merasai kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang amat berat. Maka seluruh tabib pada kerajaan itu di kumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan. Namun sayangnya ketika itu bukanlah musin ikan tersebut muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat itu bukanlah musim ikan tersebut muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib…. Walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhinya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Dia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Oleh yang demikian mereka sangat optimis raja akan segera sembuh kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan yang sepatutnya banyak ditemui di permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yang kelihatan! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehinnga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “ Ya tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”

Tuhan pun berfirman, “ Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat satu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang kepada-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikit pun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan dia pada neraka yang paling bawah!

“ Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-KU dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikitpun dosa padanya, kerana hukuman pada dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!”

Jom rellxxx sat.........

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana
yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn
Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman
Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang
muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana
adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan
menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke
angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat
adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus
dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan
kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas
dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan
keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka
yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan
tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali
dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat
tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap
Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat
daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan
untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia
mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan
kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun
terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak
melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas
kehilangan hartanya.

25. Barang siapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya
hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada
golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih
hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia)
adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling
besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa
yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana
perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi. esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam.

Thursday, September 22, 2011

awwkkk.......

awk...sy nk mntkk maaf kat awkk....sy xsngja lyn awk cm tu..myb msa tu...sy tau tu slahh sy....hopee awk dpt maafkan sya k...sy tau tu salahh sy.....sy mmg xsngja bt cm tu kat awkk...tp awk jgn la trasa ati lg k......hope awkk dpt maafkann sya k.....

Dalam heningnya malam yang syahdu
Gairah hidupku pun hilang merindu
Sejuta penyesalan penuhi ruang hampaku
Selimuti pekat ruang kalbuku
Membuat aku semakin pilu..
Kini hatiku semakin pilu
Kerana asa yang terganggu
Jauh dari dasar hatiku
Lewat torehan hati yang pilu
Kucurahkan jeritan hati ini dalam blogku
Kulayangkan kata maaf padamu
Sebagai tanda keseriusanku.

Aku tahu aku tidak layak dimaafkan
Tetapi maafkan aku. 
Meskipun mungkin aku tidak termaafkan
Aku tetap minta maaf. 
Walaupun memang kamu benar untuk tidak memaafkan aku
Aku mohon maafkanlah aku. 
Ya, maafkan aku... 
Aku yang tidak patut untuk dimaafkan memohon maafmu. 
Untuk yang terakhir kali
walaupun engkau tidak ingin memaafkan aku
Aku ingin minta maaf. 
Untuk terakhir... sekali lagi, aku berlutut memohon ampun darimu. 
Meski telingaku tidak mendengar senandung maaf dari mulut kamu
Ingin aku diampuni oleh kamu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...