Friday, September 23, 2011

Blsan di duniaaa adalahhh pencuci dosaa......

Rasulullah s.a.w pada suatu waktu pernah berkisah. Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hamper setiap oaring pernha merasai kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang amat berat. Maka seluruh tabib pada kerajaan itu di kumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan. Namun sayangnya ketika itu bukanlah musin ikan tersebut muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat itu bukanlah musim ikan tersebut muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib…. Walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhinya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Dia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Oleh yang demikian mereka sangat optimis raja akan segera sembuh kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan yang sepatutnya banyak ditemui di permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yang kelihatan! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehinnga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “ Ya tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”

Tuhan pun berfirman, “ Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat satu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang kepada-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikit pun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan dia pada neraka yang paling bawah!

“ Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-KU dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikitpun dosa padanya, kerana hukuman pada dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...